Saturday 19 November 2016

Ulasan Buku: KONSPIRASI SUAMI

KONSPIRASI SUAMI : Rebiu Khas buat Penulis Maya Iris 

Terlebih dahulu, saya ingin membuat perngakuan. Konspirasi Suami Kak Maya Iris memang terbaik! Mari kita mulakan rebiu kita ya. 
Bila tengok saja tajuknya “Konspirasi Suami” terbayang dalam kotak minda saya yang novel ini persis kisah klise macam suami curang, macam mana suami nak poligami dan macam macam lah lagi tanggapan negatif terhadap sang suami. Nah, meleset sama sekali! Bukan itu intipatinnya.
Saya amat teruja dengan aliran plot 3 cerita berasingan dan dipertemukan dengan hubungan watak-watak di dalam novel. Pada mulanya 3 cerita itu adalah asing dan pertembungan cerita melalui hubungan watak dilakukan dengan baik. Awesome Sis!

1. Cerita mengenai Amanda dan Kamil mencari status sebenar mereka sebagai adik-beradik susuan Mak Cik Misha

2. Cerita Nur Sayang dan Dr. Ehsan yang bersama-sama dalam bidang kedoktoran dan meniti cinta mereka di dalam kareer di Mesir

3. Konspirasi Sang Perancang Dajjal Zionis yang menjalankan projek Imam Mahadi Palsu dan Projek Plastik Surgeri Wajah Dajjal.

Saya amat mengkagumi Sis dalam menemu-silangkan ketiga tiga cerita tersebut dalam hubungan watak watak seperti:
Cerita Kamil dan Amanda melalui hubungan cinta Nur Sayang sebelum mengenali Dr. Ehsan
Cerita Sang Perancang Dajjal melalui hubungan Dr. Ehsan dengan seorang Doktor upahan Zionis.
Watak Kamil dikaitkan dengan Nur Sayang dalam teraju cerita utama, dan Watak Doktor upahan Zionis pula dikaitkan dengan Dr. Ehsan dalam teraju cerita utama.. Sungguh Bijak!
Konspirasi Suami adalah “Buku Panduan” bagi mengelak kita sebagai orang awam daripada termakan tipu helah Zionis di mana setiap perbuatan kita seharian kebanyakannya telah disesaatkan oleh Zionis melalui Protokol Zionis.
Sis Maya Iris Novelis berjaya menghuraikan hampir semua 40 Protokol Protokol Zionis yang dicerminkan dalam plot Amanda, Nur Sayang dan Konspirasi sang Perancang sendiri.
Nilai kekeluargaan juga banyak disematkan dalam cerita Amanda, dan nilai kasih saying suami isteri mengikut syariat pula banyak diterapkan dalam cerita Nur Sayang. Hebat!
Antara Perenggan yang saya suka dan memberi impak dalam hidup saya adalah”:
Ms 84, Bab 6
“Doa kan senjata orang mukmin. Teknologi itu juga milik allah. Mintalah apa saja, kecil atau besar, kalau itu yang terbaik, insya Allah akan dimakbulkan……..” kata-kata Dr. Ehsan lancar di bibir.
Yang ini amat saya amat terkesan semasa mak dan abah saya di tanah suci Mekah semasa menunaikan Haji semasa tragedi runtuhan Kren berhhampiran Kaabah. Pergh seriau saya baca.. teringat mak dan abah di Mekah.
Bab 7 ms 33
Pak Cik hameed berdehem. “Setiap kali saya lihat gambar menara jam itu, saya terfikir apa jadi kalau ia roboh. Macam bangunan WTC di New York? Apa akan jadi dengan Kaabah? Apa akan jadi dngan Masjidil Haram?”
Bab 9 ms 137
“Inilah Protokol Zionis nombor 16”, kata Sang Perancang dengan bangga.
“Dan kita jadikan subjek sejarah sebagai subjek yang paling membosankan. Supaya pelajar tak suka subjek sejarah. Supaya pelajar kita tak mahu belajar tentang sejarah. Sudahlah sejarah dalam buku teks tipu belaka, orang tak mahu tahu tentang sejarah pula.”
Bab 16 ms 245
Apabila Nur Sayang terasa dengan Dr. Ehsan kerana Dr. Ehsan tidak menyebelahinya ketika dimarahi Dr. Muaz kerana Nur Sayang terasa ingin muntah melihat bahagian badan pesakit yang berbau busuk.
“Tapi ingat Nur. Pesakit tak memilih untuk sakit. Tapi awak memilih untuk jadi doktor”.
Bab 22 ms 347
Mengapa Zionis tak serang orang Melayu di nusantara?
“Bukan semudah itu. Bangsa Melayu mempunyai satu karakter misteri yang boleh bangkit secara tiba-tiba. Kekuatan ni bukan terletak pada senjata, tapi kefahaman kerohanian mereka buat mereka jadi kuat,” kata Sang Perancang.
Dan yang paling best bagi saya adalah part ini
Ms 351
Sang Perancang membantu Michael yang terkial-kial dalam memberi jawapan kepada soalan Darren. “Teknologi zikir ialah teknologi Tuhan. Bila orang Islam berzikir, minda mereka akan berada dalam frekuensi Theta. Pada frekuensi Theta, gelombang itu boleh gerakkan objek. Sedangkan teknologi HAARP kita tak boleh tandingi teknologii zikir. Kita tidak dapat tiru teknologi zikir sebab kita bukan orang islam.”
Tiada apa yang mampu saya coretkan lagi di sini.
Kepada kawan-kawan, dapatkanlah dengan segera Konspirasi Suami karya Sis Maya Iris Novelis !!!
Saya jamin anda takkan menyesal memilikinya. Insyaallah.. Memang sangat bermanfaat. Sebagai panduan hidup yang lebih baik cuba dan terus cuba mengeluarkan cara hidup Yahudi daripada kehidupan kita dan memasukkan cara hidup Sunnah Nabi Muhammad SAW teragung dalam kehidupan kita.
Ayuh mari dapatkan KONSPIRASI SUAMI ini. Jika ada Bintang, saya neri 5/5 Bintang.

Saya menunggu sambungan kepada Konspirasi Suami karya beliau yang bakal terbit. FUGITIF.. Tunggu!!!~

-Hariz Zain, UniMAP, Perlis-

No comments:

Post a Comment