Saturday 12 November 2016

Ulasan Buku : Warm Bodies



Judul Buku : Warm Bodies
Penulis : Isaac Marion
Page : 240 Muka Surat
Jenis Buku : Paperback
Genre : Gothic Fiction, Paranormal Romance, Black Comedy

Assalamualaikum Sahabat/ Pembaca yang dirahmati Allah~

Kali ini saya mahu mengulas tentang sebuah buku yang ditulis oleh Penulis Barat juga yang berjudul Warm Bodies yang ditulis oleh Isaac Marion.
Sahabat/Pembaca, pernah tonton tak movie Warm Bodies? Cerita ini, cerita Zombie. Tapi ia lain daripada cerita-cerita zombie yang lain. Biasanya, cerita zombie kita tahu penuh dengan darah, pembunuhan ngeri, kejar sana sini, gigit sana sini, tembak sana sini, Otak~ Otak~ memanjangkan. Berbeza dengan cerita ini. Senang untuk saya jelaskan, cerita ini berkisahkan ‘point of view’ zombie itu sendiri.

Image result for warm bodies book
Oke, kat sini juga saya nak komen serba sedikit perbezaan antara novel Warm Bodies dan Warm Bodies movie. Kita tahu novel, versinya panjang, jadi ceritanya lengkap. Berbanding dengan movie, ringkas sahaja. Ada babak-babak yang ia tidak ambil dari novel dan mungkin ada berlaku perubahan sedikit pada cerita. Tapi, jujur saya katakan, dua-dua sangat bagus dan menarik. Penuh dengan emosional, aksi, kelakar, pelik dan sebagainya. Sahabat/pembaca boleh melayan kedua-duanya sekali. Dan bagi pendapat saya, saya lebih suka ending yang ada pada movie. Haa… kalau nak tahu, sahabat/pembaca kenalah ‘explore’ sendiri.

Buku ini sesuai dibaca oleh golongan dewasa sahaja. Ia tidak mempunyai babak-babak sensored namun ia ada menggunakan bahasa-bahasa yang agak kasar sedikit. Khuatir menjadi ikutan pada yang tidak dapat membezakan lagi.

Buku ini juga saya beli melalui akaun instagram @buku_buku_effi dengan harga yang sangat murah. Saya mengajak sahabat/pembaca untuk membeli juga di sana. Banyak buku-buku yang menarik dengan harga yang murah dan mampu milik. Sekian saja, nantikan review saya tentang buku siri kedua Warm Bodies yang berjudul ‘The New Hunger’.


Sinopsis :


Now a major motion picture from Summit Entertainment, the studio behind the blockbuster Twilight series and the upcoming movie Divergent, starring Academy Award Nominee John Malkovich, Nicholas Hoult, and Teresa Palmer and directed by Jonathan Levine.

R is having a no-life crisis—he is a zombie. He has no memories, no identity, and no pulse, but he is a little different from his fellow Dead. He may occasionally eat people, but he’d rather be riding abandoned airport escalators, listening to Sinatra in the cozy 747 he calls home, or collecting souvenirs from the ruins of civilization.

And then he meets a girl.

First as his captive, then his reluctant guest, Julie is a blast of living color in R’s gray landscape, and something inside him begins to bloom. He doesn't want to eat this girl—although she looks delicious—he wants to protect her. But their unlikely bond will cause ripples they can’t imagine, and their hopeless world won’t change without a fight.


#cherminbooks


#ThrillerFantasi

#litetaryagentmalaysia

#cherminbooks

#bengkelpenulisanfantasithriller
#youwriteweguide
#mewrite

Diyanah Rahmat




1 comment: