Thursday 29 December 2016

Ulasan Buku: Pahlwan-Pahlawan Mamluk

Image may contain: one or more people 
Judul Buku : Pahlawan-pahlawan Mamluk
Penulis : Mu'min Jarni 
Page : 273 Muka Surat
Jenis Buku : Paperback
Genre : Sejarah Thriller

Kepuasan sebenar adalah apabila kau dapat habiskan baca sebuah buku tatkala suami kau memandu. Kah.kah.
Suami aku puas hati walaupun penat memandu. Ada teman, katanya.

Masa aku beli buku ini, aku memang main kaut saja. Aku ingat Buku Pak Talib. Rupa-rupanya pengarang lain.

Pada pandangan aku Tuan Abdul Mu'min Jarni telah menghasilkan sebuah fiksyen sejarah yang sangat baik. Memang terasa latarnya macam filem Hollywood, Kingdom of Heaven. Bersifat 'fast pace' aku memang tak boleh letak buku ini bila mula membaca. Walaupun buku ini agak tebal dan berjumlah 273 mukasurat.

Bahasanya, susunan dan tatabahasa memang tidak mengecewakan. Sudah dijangkakan kerana buku ini adalah terbitan PTS yang terkenal dengan piawaian BMT - Bahasa Melayu Tinggi.

Sungguhpun BMT aku tak rasa poyo serta mudah dibaca dan ayatnya santai.

Buku ini berkisar tentang seorang pahlawan mamluk yang hebat tetapi kuat berpegang pada prinsip. Apabila Taghrii mendapat tugasan melindungi kafilah saudagar kaya menuju ke Aleppo, mereka telah dikhianati dan diserang hendap. Kemudian mereka yang terselamat termasuk anak perempuan hartawan berkenaan diburu.

Plot dan konflik selepas tragedi itu membawa mereka pada nasib yang lebih mendebarkan. Best. Seronok.

Cuma aku harap ada buku kedua. Kalau sudah ada, mohon maklumkan pada aku. Aku pasti mahu membelinya. Kalau ada sesiapa kenal pengarang nya, mohon tag dia. Saya ingin sekali bersahabat dengan beliau.
***************
Maaf ya, aku tahu memandu. Cuma sebagai suami yang budiman, dia tak nak susahkan isteri dia. Kah. Kah. Ye lah tu

Sudah lama dia mengadu pada mak dia, isteri nya ini macam orang kena candu, masuk kereta saja lalok dan tidur. Sampai ke destinasi yang dituju... Hahahaha.

Kakak Reviu Buku Seantero Buana

Image may contain: one or more people

No comments:

Post a Comment