Saturday, 19 November 2016

Ulasan Buku: KONSPIRASI SUAMI

KONSPIRASI SUAMI : Rebiu Khas buat Penulis Maya Iris 

Terlebih dahulu, saya ingin membuat perngakuan. Konspirasi Suami Kak Maya Iris memang terbaik! Mari kita mulakan rebiu kita ya. 
Bila tengok saja tajuknya “Konspirasi Suami” terbayang dalam kotak minda saya yang novel ini persis kisah klise macam suami curang, macam mana suami nak poligami dan macam macam lah lagi tanggapan negatif terhadap sang suami. Nah, meleset sama sekali! Bukan itu intipatinnya.
Saya amat teruja dengan aliran plot 3 cerita berasingan dan dipertemukan dengan hubungan watak-watak di dalam novel. Pada mulanya 3 cerita itu adalah asing dan pertembungan cerita melalui hubungan watak dilakukan dengan baik. Awesome Sis!

1. Cerita mengenai Amanda dan Kamil mencari status sebenar mereka sebagai adik-beradik susuan Mak Cik Misha

Saturday, 12 November 2016

Ulasan Buku : Warm Bodies



Judul Buku : Warm Bodies
Penulis : Isaac Marion
Page : 240 Muka Surat
Jenis Buku : Paperback
Genre : Gothic Fiction, Paranormal Romance, Black Comedy

Assalamualaikum Sahabat/ Pembaca yang dirahmati Allah~

Kali ini saya mahu mengulas tentang sebuah buku yang ditulis oleh Penulis Barat juga yang berjudul Warm Bodies yang ditulis oleh Isaac Marion.

Ulasan Buku : No Place Like Home

Judul Buku : No Place Like Home
Penulis : Mary Higgins Clark
Page : 368
Jenis Buku : Paperback
Genre : Thriller/Mystery

Assalamualaikum sahabat/pembaca yang dirahmati Allah~
Hari ini saya nak tulis review buku dari seorang Penulis Barat. Apa yang membuat saya tertarik membeli buku ini kerana di covernya ada tertulis ‘The World’s Favourite Thriller Writer’. Apa-apapun ini adalah kali pertama saya membaca karya dari penulis ini dan selepas membaca buku ini, saya setuju dengan kenyataan yang diberi.

Friday, 11 November 2016

Ulasan Buku : The Terrorist Wife

Assalamualaikum sahabat/pembaca yang dirahmati Allah semua ~

Hari ini saya nak berkongsikan review sebuah Novel Inggeris yang berjudul 'The Terrorist Wife' yang ditulis oleh Penulis Tempatan iaitu Fifi Phillips. Buku ini di antara terbitan Jemari Seni Story.

Saya nak bagi amaran kepada semua pembaca apabila membaca buku ini. Amarannya ialah apabila membaca buku ini anda akan berasa terlalu geram!!!

Ulasan buku: Dunia Pendekar

 
Judul Buku : Dunia Pendekar
Penulis : Ahmad Fuad Ibrahim
Pelukis: Mf Ajif
Page : 32 Muka Surat 
Jenis Buku : Berwarna
Genre : Fiksyen Fantasi


Badan ini dipanggil jasad
Jasad ini rumahnya semangat 
Semangat ini empunya kuasa
Lepaskan kuasa maka lepas lah semangat