Friday 11 November 2016

Ulasan Buku : The Terrorist Wife

Assalamualaikum sahabat/pembaca yang dirahmati Allah semua ~

Hari ini saya nak berkongsikan review sebuah Novel Inggeris yang berjudul 'The Terrorist Wife' yang ditulis oleh Penulis Tempatan iaitu Fifi Phillips. Buku ini di antara terbitan Jemari Seni Story.

Saya nak bagi amaran kepada semua pembaca apabila membaca buku ini. Amarannya ialah apabila membaca buku ini anda akan berasa terlalu geram!!!


Tidak cukup 5 bintang sebenarnya. Saya bagi 10 bintang!!!

Ia mengisahkan seorang wanita Malaysia yang menetap di luar negara dan mempunyai kerjaya sebagai Pelumba Kereta mengalami kemunduran dan dikecam selepas suaminya, Dhazbrail ditangkap atas dakwaan sebagai pengganas yang mengebom di sebuah bangunan di kawasan bandar New Orlean. Namun, walau apapun, Diya percaya kepada suaminya dan berusaha untuk mencari bukti suaminya tidak bersalah. Berjayakah dia? 

Haa... nak tahu?

Saya seru kepada semua pembaca untuk membacanya. Sesuai ada semua peringkat umur. Dan juga sesuai kepada semua bangsa dan seluruh muslim dan non-muslim.

Buku ini dapat menyedarkan sesiapa yang terlampau paranoid atau sering salah-sangka tentang kebenaran agama Islam. Juga kepada kalangan islamophobia. Hakikatnya, memang ada golongan yang senang meng-justifikasi terhadap agama ini dan set minda bahawa umat Islam ini adalah pengganas. Senang cerita jika terjadi sesuatu kejadian, apanila ada yang menuduh umat Islam yang melakukannya, memang senang untuk orang ramai percaya.

Ini adalah buku pertama Penulis tetapi penulis berjaya menarik semua pembaca dengan jalan cerita yang tersusun. Setiap bab dikembangkan dengan baik dan mampu membuatkan pembaca tertanya-tanya apa yang akan berlaku pada seterusnya. 

Mengenai genre, saya letakkan buku ini dalam genre 'light thriller and mystery'.

Saya sangat puji Penulis kerana membawa dan menulis tentang isu ini yang mungkin memang berlaku di luar sana dan saya doakan semoga pembaca-pembaca juga dapat memahami. Sedikit sebanyak dapat memperjelaskan masalah salaha faham terhadap Islam. Baik saya kongsikan sinopsis buku ini dibawah.

Terima kasih kerana membaca dan mohon pembaca semua untuk komen di ruangan komen. Pada pembaca yang sudah membaca buku ini juga boleh memberi komen. Apa perasaan dan pendapat anda tentang buku ini? :)


Sinopsis :

Her husband was convicted, her fans hated her.

Her family shunned her, her career in ruins.
And yet, against the world, her faith still rested in her husband’s innocence.

“Did you do it?”
He shook his head, assuring her.
“I did not kill, Diya”
Diya Dudaeva was once a much beloved formula 600 racer, a new class of open-wheel formula racing competition in the world but ever since her husband was arrested for the New Orleans Halloween Parade Bombing, her life had turned upside down. Yes, her husband was convicted of terrorism-related offenses, but she was the actual one who was suffering, a victim of public shaming and bullying. She had always believed of his innocence but all the evidence was pointing otherwise. Hence, she was torn between believing the Justice System, and believing her husband whom she had known as the nicest man alive.

#cherminbooks
#ThrillerFantasi
#litetaryagentmalaysia
#cherminbooks
#bengkelpenulisanfantasithriller
#youwriteweguide
#mewrite

Diyanah Rahmat


3 comments: